Karyawan hargai usaha KKMM

Iklan
Datuk Freddie Fernandez

PERSATUAN Karyawan Malaysia (Karyawan) menghargai usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam membantu para penggiat seni kreatif ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Presidennya, Datuk Freddie Fernandez, Karyawan melihat tindakan proaktif yang sedang diusahakan oleh KKMM adalah satu langkah yang amat tepat dan pastinya memberi kelegaan kepada semua.

Iklan
Iklan

"Para penggiat seni bagaikan mati punca tanpa sebarang aktiviti rutin sepanjang tempoh PKP ini dan pastinya memberi kesan yang paling besar terhadap sumber pendapatan mereka.

"Dengan demikian segala pekej rangsangan contohnya melalui FINAS dan MDEC serta tindakan penjadualan semula segala tayangan di panggung adalah solusi di atas beberapa perkara berbangkit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/78782/BERITA/Nasional/KKMM-laksana-pelbagai-usaha-bantu-karyawan-seni-tempatan

Tambah Freddie, kewujudan rancangan ‘Nyanyi Dari Rumah’ juga merupakan alternatif kepada para penghibur untuk terus beraksi menghiburkan para peminat, satu usaha KKMM yang patut dipuji dan amat dialu-alukan.

Iklan

"Kami amatlah mengharapkan peluang turut dibuka kepada para artis veteran yang bakal diselang seli dengan artis masa kini agar ianya memberi peluang menyeluruh kepada semua.

"Apa yang diusahakan oleh pihak KKMM ini adalah berdasarkan resolusi yang diperolehi dari persatuan dan penggiat seni utama dalam perbincangan sidang video bersama YB Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini.

"Ianya satu langkah terbaik yang cuba di realisasikan oleh Kementerian dan kami mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga di atas ikhtiar ini,” ujarnya.

Freddie juga berharap semua penggiat seni terus bersabar menghadapi pelbagai dugaan dalam tempoh penularan Covid-19.

"Ini adalah suasana bencana dan sebarang aksi pemulihan industri pastinya tidak selancar waktu-waktu normal kerana sememangnya banyak kekangan yang wujud.

"Apapun demi maslahat umum di dalam menghentikan penularan wabak ini, kita harus berkorban dan mengikut arahan kerajaan buat sementara dalam menjalankan aktiviti rutin dan percaya segalanya akan kembali seperti sediakala sedikit masa lagi” akhirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/79115/HIBURAN/PKP-KKMM-lulus-dana-RM132-juta-bantu-penerbit-filem