KOTA BHARU - Polis Kelantan telah menahan seramai 532 individu yang ingkar sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bermula 18 Mac lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tahap pematuhan rakyat Kelantan terhadap PKP kini adalah 96 peratus tetapi tidak dinafikan masih ada segelintir mereka yang masih ingkar walaupun PKP sudah memasuki fasa ketiga bermula semalam.