Pekerja sektor ekonomi tambahan wajib jalani saringan Covid-19

Iklan
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika sidang media berkenaan keperluan membenarkan sektor-sektor tambahan beroperasi di bangunan Perdana Putra hari ini.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mewajibkan semua pekerja sektor ekonomi tambahan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga perlu menjalani saringan koronavirus (Covid-19) yang dibiayai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia menerusi Perkeso untuk melaksanakan perkara itu di lebih 3,000 panel klinik kesihatan Perkeso di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia sebagai langkah keselamatan untuk menjamin semua pekerja syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi itu bebas daripada pandemik Covid-19.

"MITI mendapat garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat dari Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diguna pakai oleh syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi.

Iklan

"Pihak syarikat dalam sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi sektor masing-masing.

"Kebenaran beroperasi ini juga tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan KKM dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan. Pematuhan ini adalah seiring dengan akujanji yang dipersetujui syarikat semasa mereka membuat permohonan untuk meneruskan operasi sepanjang,” katanya pada sidang media di sini hari.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, MITI juga telah mewajibkan supaya syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi mesti mengemukakan senarai pekerja yang terlibat semasa tempoh PKP dan memastikan pergerakan pekerja terbabit hanya terhad dari rumah ke kilang atau premis sahaja.

"Setiap syarikat juga perlu menyediakan alat saringan suhu badan atau 'thermal scanner' serta saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas.

"Bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan untuk rujukan,” katanya.