Luiz tabik Arteta

Iklan
Luiz mengakui teruja dengan kepimpinan Arteta apabila menyatukan kembali pemain The Gunners.

TONGGAK pertahanan Arsenal, David Luiz mengakui teruja dengan kepimpinan Mikel Arteta apabila menyatukan kembali pemain The Gunners selepas dilantik mengemudi kelab dari London itu pada Disember tahun lalu.

"Perkara yang membuatkan saya teruja pada hari pertama Arteta melaporkan diri adalah karismanya untuk menyatukan kami semua. Arteta mahu kelab dan para pemain bergerak pada satu arah dengan matlamat yang sama.

Iklan
Iklan

"Kini selepas dia pulih Covid-19, kami diberikan tugasan sama seperti ketika di sekolah dan universiti. Kami menghabiskan satu setengah jam menjawab panggilan video daripada Arteta, menganalisis perlawanan dan latihan.

"Kami melakukan semua perkara bersama dan memberikan pendapat bersama. Perbincangan berlangsung penuh ceria tapi amat berfaedah dan membantu kami pada masa depan,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Arteta yang juga bekas penolong kepada pengendali Manchester City, Pep Guardiola disahkan dijangkiti positif Covid-19, namun kembali pulih setelah menjalani rawatan.

"Sejujurnya kami diselubungi kebimbangan, kesedihan, ketakutan dan duduk di rumah pada hari Arteta disahkan positif. Kami benar-benar terkejut dengan berita tersebut.

Iklan

"Selepas itu, kami semua terpaksa kuarantinkan diri di rumah disebabkan Arteta merupakan kontak paling rapat dengan para pemain. Mujur tiada pemain atau pegawai pasukan yang turut dijangkiti Covid-19," jelas Luiz.