Pemansuhan UPSR, PT3 bakal bina karektor, mesra pelajar

Iklan
iu

SHAH ALAM – Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 bakal menyaksikan pembangunan potensi, pembinaan karektor dan pembangunan modal insan yang lebih ideal serta mesra pelajar.

Ikon Pendidikan Antarabangsa, Noorjahan Sultan berkata, penilaian baharu itu boleh digubal dengan aspirasi yang memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran dan keupayaan murid dan pelajar berdasarkan kepada keperluan masa hadapan.

Iklan
Iklan

"Saya percaya pasti ramai yang tertanya-tanya akan mekanisme yang diguna pakai untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) sementelah UPSR dan PT3 dibatalkan.

"Saya berpandangan perubahan ini selari dengan keperluan zaman dan membuka ruang penilaian ke atas pelajar yang lebih ideal, seimbang dan holistik,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan
UPSR, PT3 tahun ini dibatalkan

Sebaliknya beliau berkata, pengumuman itu turut membuka peluang untuk guru boleh memberi lebih tumpuan dalam mempelbagaikan strategi dan menyemarakkan pedagogi.

Iklan

"Setiap aktiviti bukan sahaja menjadi proses pemerolehan ilmu dan kemahiran tetapi juga proses pentaksiran yang berterusan.

"Seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berkolaborasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta penyelesaian masalah seperti yang tertakluk dalam amalan Pembelajaran Abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata, tenaga pengajar juga boleh menggunakan Format Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai acuan dalam membina instrumen penilaian pelajar.

Ini kerana katanya, segala aktiviti didik hibur seperti pertuturan berirama, tarian, lakonan, demonstrasi, simulasi, pembentangan dan pembelajaran berasaskan projek boleh dijadikan kayu pengukur dan penilaian yang dapat dijalankan secara berterusan.