Covid-19: Trump dedah garis panduan buka semula ekonomi

Iklan
Trump mendedahkan garis panduan selepas Federal Reserve pada Rabu lalu mengatakan aktiviti ekonomi 'menguncup secara mendadak' di semua wilayah di AS akibat Covid-19.

WASHINGTON - Presiden Donald Trump semalam mendedahkan garis panduan untuk membuka semula sebahagian ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

"Pakar kami mengatakan lengkung jangkitan sudah mendatar dan puncak jangkitan sudah berlalu. Lebih 850 daerah atau hampir 30 peratus negeri tidak melaporkan kes baharu dalam tujuh hari terakhir," kata Trump pada sidang media di Rumah Putih.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan data terbaru, pasukan pakarnya bersetuju memulakan langkah seterusnya yang digelar 'membuka semula Amerika'.

Trump berkata, perintah berkurung bukanlah penyelesaian jangka panjang yang mampan dan berpanjangan, digabungkan dengan kemerosotan ekonomi akan menyebabkan kesusahan lebih besar

Iklan

"Justeru, pentadbiran saya mengeluarkan garis panduan persekutuan baharu membolehkan gabenor mengambil pendekatan berperingkat untuk membuka semula negeri masing-masing," katanya.

Antara kriteria untuk membuka semula ekonomi termasuk setiap negeri atau wilayah perlu menunjukkan penurunan gejala Covid-19 dan kes positf dalam masa 14 hari dan hospital mempunyai kemampuan yang cukup untuk menangani semua kes jangkitan.

Iklan

"Kami tidak membuka serentak tetapi berperingkat dan berhati-hati," kata Trump.

Garis panduan itu dikeluarkan selepas Federal Reserve pada Rabu mengatakan aktiviti ekonomi 'menguncup secara mendadak' di semua wilayah di AS akibat pandemik Covid-19.

Johns Hopkins University memaklumkan, jumlah kes di AS mencecah 660,000 petang semalam dengan lebih 32,000 kematian. - Bernama