Kolaboratif bantu petani, nelayan jual hasil dalam talian

Iklan
Antara produk kedai FAMA yang ditawarkan menerusi platform Shopee.

GOLONGAN petani dan nelayan bakal mendapat galakan daripada penjualan dalam talian melalui kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama Shopee.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, FAMA, LKIM, NEKMAT dan Shopee bekerjasama secara eksklusif untuk melancarkan kedai rasmi Agrobazaar_FAMA dan NEKMAT di platform e-dagang itu untuk membolehkan hasil segar serta makanan laut dihantar terus kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Di kedai FAMA, pengguna dapat membeli pelbagai hasil pertanian seperti ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan manakala kedai NEKMAT pula menawarkan makanan laut segar beku dan produk yang diproses termasuk makanan ringan.

"Langkah ini menyusul setelah kejayaan pelancaran segmen hasil segar baharu di Shopee pada Februari 2020 untuk penjualan dan pengedaran hasil segar secara atas talian,” menurut kenyataan itu semalam.

Iklan
Antara produk kedai Nekmat yang ditawarkan menerusi platform Shopee.

Penghantaran kini dibuka kepada semua penduduk Lembah Klang yang mana pembeli yang membuat pesanan sebelum jam 12 tengah hari akan menerima produk mereka pada hari berikutnya, kecuali hujung minggu dan cuti umum.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan satu kempen Hasil Segar Shopee akan diadakan pada 20 hingga 21 April 2020 dari kedai rasmi FAMA di https://shopee.com.my/agrobazaar_fama dan NEKMAT di https://shopee.com.my/nekmat.os.

Iklan

"Pengguna boleh membeli pelbagai jenis hasil segar dan beku dengan baucar diskaun 50 peratus dalam tempoh kempen ini.

"Inisiatif ini dijangka dapat menyokong 1,500 petani tempatan, 100 usahawan industri agribusiness di bawah FAMA dan 56,000 nelayan,” katanya.