Pakai topeng muka jika bergejala: Ismail Sabri

Iklan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Tidak ada tindakan boleh diambil oleh mana-mana pihak terhadap individu yang tidak menggunakan topeng muka kerana ia bukan satu bentuk kesalahan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbarnya kerap kali menegaskan bahawa topeng muka perlu digunakan oleh mereka yang mempunyai gejala sahaja.

Iklan
Iklan

"Bagi mereka yang tak ada gelaja itu pilihan masing-masing. Tidak boleh kita nak menguatkuasakan peraturan supaya mana-mana individu wajib memakai topeng muka.

"Sebelum ini ada kes di mana pengurus sebuah pasar raya menahan dan tidak membenarkan pengunjung masuk untuk membeli keperluan harian kerana tidak memakai topeng muka.

Iklan

"Ini sebenarnya telah melebihi peraturan berdasarkan kepada peraturan yang telah dikeluarkan," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa tindakan diambil terhadap individu yang tidak memakai topeng muka.

Iklan