Polis selamatkan anak anjing dihargai Tengku Permaisuri Selangor

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan keprihatinan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap dalam sebuah longkang besar, di sini mendapat perhatian netizen apabila rakaman video aksinya itu dimuat naik di laman sosial Facebook lalu tular.

SHAH ALAM - Keprihatinan seorang anggota polis menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap dalam sebuah longkang besar di sini beberapa hari lalu mendapat penghargaan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Perkara itu dikongsi menerusi akaun Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Iklan
Iklan

Majlis penyerahan surat penghargaan kepada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohamad Tarmizee itu disempurnakan Rabu lalu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik itu, surat penghargaan daripada Tengku Permaisuri Norashikin kepada Mohd Azad disampaikan Pembantu Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Muhammad Syahir Hasan.

Iklan

"Majlis disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Timbalannya, Superintendan Ramsay Anak Embol.

Mohd Azad (kiri) menerima surat penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang disampaikan oleh Pembantu Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Muhammad Syahir Hasan (kanan). -Foto: Ihsan FB Polis IPD Shah Alam

"Surat penghargaan ini adalah atas keprihatinan Mohd Azad menyelamatkan seekor anak anjing yang jatuh ke dalam longkang dan videonya yang tular di laman sosial mendapat reaksi positif dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alkisah abang polis selamatkan anak anjing...

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan keprihatinan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap dalam sebuah longkang besar di sini mendapat perhatian netizen apabila rakaman video aksinya itu dimuat naik ke laman sosial Facebook lalu tular.

Mohd Azad berkata, dia segera turun ke dalam longkang itu selepas mendapati haiwan berkenaan cuba naik ke atas tebing longkang tersebut dengan mengaiskan kakinya.

Menurutnya, ketika kejadian itu, beliau baru sahaja dua jam memulakan tugas pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Jalan Keluli, Seksyen 7, Shah Alam.