JAKARTA - Kes positif virus Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan jumlah yang dijangkiti mencecah 6,000 orang, manakala 24 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 407 lagi kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif kini bertambah kepada 5,923, sejak kes positif pertama disahkan pada 2 Mac lepas.