Majoriti setuju peperiksaan di sekolah

Iklan
Undian orang ramai secara dalam talian.

KUALA LUMPUR - Hampir 60 peratus bersetuju supaya peperiksaan khas untuk kemasukan pelajar-pelajar ke Tingkatan Satu dan Empat melibatkan sekolah-sekolah khas, sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dijalankan di sekolah berbanding secara dalam talian.

Keputusan itu berdasarkan undian dalam talian menunjukkan 58 peratus mengundi supaya peperiksaan dilaksanakan di sekolah dengan rata-rata pengguna alam maya melihat faktor capaian internet yang mungkin menjadi batu penghalang bagi melaksanakan peperiksaan secara dalam talian.

Iklan
Iklan

"Internet pun menjadi satu masalah juga, ramai yang masih tidak mampu,” komen pengguna Facebook, Norbidara Zaiha.

Selain itu, ada juga diantara mereka yang berkata, ia sukar dilaksanakan kerana tidak semua pelajar mempunyai kemudahan termasuk komputer riba.

Iklan

"Tidak semua pelajar ada laptop (komputer riba). Lebih baik buat cara biasa dan lebih berpuas hati,” tulis Azizah Mohd.

[ARTIKEL BERKAITAN] - UPSR, PT3 tahun ini dibatalkan

Iklan

Kelmarin, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Beliau juga turut memberitahu, pihaknya akan memperkenalkan kaedah baharu khususnya bagi kemasukan ke SBP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), MRSM dan Maktab Tentera Diraja (MTD) memandangkan keputusan UPSR sebelum ini dijadikan kriteria pemilihan untuk ke sekolah-sekolah terlibat.

Apa pun keputusannya, kita perlu yakin bahawa KPM pasti mempunyai jalan penyelesaian terbaik.