Mahasiswa USM hasilkan 10,000 pelindung muka untuk frontliners

Iklan
Majlis Perwakilan Pelajar diiringi pegawai pengiring, Muhammad Syukri Sa'adon mengedarkan pelindung muka kepada barisan hadapan di klinik-klinik kesihatan Pulau Pinang. Antara klinik yang terlibat ialah Klinik Kesihatan Bayan Lepas dan Bayan Baru.

SHAH ALAM - Sebanyak 10,000 pelindung muka FaceshieldHEROES berjaya dihasilkan oleh 110 sukarelawan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada di kampus untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, Ahmad Naim Mohamed Salleh berkata, projek tersebut turut mendapat kerjasama Belia Harmoni Timur Laut dan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema) Pulau Pinang yang menyumbangkan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan pelindung muka tersebut.

Iklan
Iklan

"Masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dilalui sekarang di kampus dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa untuk membantu barisan hadapan negara menjalankan tanggungjawab mereka menghalang penularan wabak Covid-19.

"Usah ditanya apa jasa negara pada anda tetapi tanyalah apa jasamu pada negara.

Iklan

"Maka, di saat negara berhadapan dengan wabak Covid-19, inilah masanya untuk kita menyumbang bakti di saat negara memerlukan sumbangan kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha tersebut merupakan sumbangan kecil mahasiswa dalam membantu negara dalam menangani Covid-19.

Iklan

"Tidak semestinya pelajar dalam kampus tak boleh sumbangkan sesuatu kepada negara di saat wabak Covid-19 sedang melanda.

"Pelajar yang terkandas di dalam kampus boleh turut bersama-sama berjuang di barisan belakang bagi memastikan barisan hadapan terus berjaya," katanya.

Katanya, walaupun pada ketika ini sudah ada mesin yang mampu menghasilkan pelindung muka tetapi apa yang dilakukan ini lebih bermakna kerana mahasiswa dapat merasai sendiri pengorbanan barisan hadapan ketika ini.