Belalang goreng jadi buruan di Jombang

Iklan
Belalang goreng yang dijual Yaman dan Anik di warungnya di kampung Marmoyo menjadi rebutan orang ramai. -Foto Jawa Post

JOMBANG - Wilayah utara Brantas, daerah Jombang yang terkenal dengan belalang goreng rangup menjadi tumpuan penduduk luar yang mahu menikmati hidangan berkenaan.

Lapor Jawa Post, pasangan Yaman dan Anik yang mengusahakan perniagaan belalang goreng itu mendapat keuntungan luar biasa pada tahun 2012 hingga 2017 kerana mudah ditemui di kawasan mereka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurut Yaman kini pendapat mereka terjejas kerana semakin lama jumlah serangga itu berkurangan.

"Dua tahun lepas tidak banyak yang kami dapat jual tetapi tahun ini jumlah meningkat semula. Kami harap bekalan mencukupi," katanya.

Iklan

Yaman berkata, mereka menjual 10 hingga 15 kilogram (kg) belalang hidup pada harga sekitar Rp1.5juta (RM421) hingga Rp2juta (RM561)

Menurutnya, mereka mencari belalang pada waktu malam dan boleh mengumpul sehingga lima kilogram.

Iklan

"Ia cukup lumayan tapi sekarang ini agak sukar. Saya perlu membelinya harga Rp85 ribu (RM24) sekilogram. Harga belalang mahal kerana sukar ditemui," kata Yaman.

Katanya, apabila tiba musim hujan belalang hidup berkurangan termasuk musim kemarau.

"Kalau belalang di sawah warna hijau memang banyak tetapi tidak enak dimakan. Yang sedap belalang jati berwarna coklat.

"Kami biasa jual belalang goreng dengan harga sebungkus Rp10ribu (RM2.80). Dalam sehari boleh jual 50 bungkus," jelasnya.

Produk makanan belalang goreng juga dihantar ke Jakarta, Jawa Tengah dan Jawa Timur.