Tiada peningkatan kes Covid-19 di Shanghai

Iklan
Tiada peningkatan kes jangkitan Covid-19 domestik mahupun import dilaporkan di Shanghai pada Jumaat

SHANGHAI - Tiada peningkatan kes jangkitan Covid-19 domestik mahupun import dilaporkan di Shanghai pada Jumaat, kata suruhanjaya kesihatan perbandaran, lapor agensi berita Xinhua.

Suruhanjaya itu pada Sabtu berkata, setakat ini sebanyak 289 kes import dilaporkan di Shanghai, 33 kes disyaki import kini sedang menjalani kuarantin manakala 181 pesakit sudah discaj.

Iklan
Iklan

Jumlah kes tempatan pula sebanyak 339, termasuk tujuh kematian dengan seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal.- Bernama