Berita palsu Covid-19: Sebanyak 220 kertas siasatan dibuka

Iklan
Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 220 kertas siasatan berhubung berita palsu berkaitan koronavirus (Covid-19) setakat hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 152 kes masih dalam siasatan, manakala 24 kes telah didakwa di mahkamah dan 13 telah mengaku salah.

Iklan
Iklan

"Seramai 11 individu diberikan notis amaran manakala 33 kes tiada tindakan lanjut (NFA)," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 190 pusat kuarantin telah beroperasi semalam berbanding 185 pada hari sebelumnya di mana 17,008 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Iklan

"Semalam, seramai 1,589 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib.

"Setakat ini seramai 11,861 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau mengajak mana-mana hotel yang berminat untuk diwartakan sebagai pusat kuarantin dengan menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

"Kerajaan menawarkan insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada hotel yang terlibat," katanya.