Tiada laporan diterima terhadap timbalan menteri: Polis Perak

Iklan
Razarudin Husain

IPOH - Polis Perak tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan individu bertaraf timbalan menteri yang didakwa tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lenggong, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang diterima berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

"Buat masa ni, tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak,” katanya dengan ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Hari ini tular di media sosial beberapa keping gambar Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali didakwa berkumpul dalam majlis yang dihadiri Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Badan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria.

Iklan

Dr Noor Azmi didakwa melanggar PKP selepas dilihat makan beramai-ramai tanpa penjarakkan sosial yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai itu turut dikecam pemimpin UMNO kerana tidak menunjukkan contoh yang baik dalam mematuhi garis panduan KKM.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin UMNO kecam Timbalan Menteri tidak patuh PKP

Iklan