'Angelina Jolie' positif Covid-19

Iklan
Sahar obses Angelina Jolie positif Covid-19. - Foto Instagram Sahar

BINTANG media sosial yang obses memiliki wajah seperti pelakon Angelina Jolie disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).

Difahamkan Sahar Tabar, 22, atau nama sebenarnya Fatemeh Khishvand sedang berada dalam tahanan ketika diberitahu positif Covid-19, lapor CNN.

Iklan
Iklan

Menurut peguamnya, wanita rakyat Teheran itu membuat rayuan agar dibebaskan kerana dijangkiti Covid-19 dan kesihatannya semakin merosot sehingga memerlukan bantuan mesin ventilator untuk bernafas.

Namun Pusat Hak Asasi Manusia di Iran yang berpusat di Amerika Syarikat memaklumkan, hakim di negara itu menolak rayuan tersebut meskipun gejala Covid-19 mula merebak di penjara negara itu.

Iklan

Sahar aktif di Instagram ditangkap pada Oktober atas tuduhan termasuk menghasut keganasan, memperoleh pendapatan dengan cara yang tidak sesuai dan mendorong belia melakukan rasuah.

Dia kini ditahan atas perintah mahkamah bimbingan Teheran yang menangani jenayah budaya dan rasuah sosial dan moral.

Iklan

Sahar mengalami anorexia itu menjadi terkenal pada tahun 2017 setelah dilaporkan melakukan 50 pembedahan untuk kelihatan seperti pelakon pemenang Oscar, Angelina Jolie.