Persatuan pajak gadai mahu kebenaran beroperasi

Iklan
Gambar hiasan. Foto: 123RF

SHAH ALAM - Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia meminta kerajaan mempertimbangkan kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presidennya, Tan Ho Keng berkata, sehingga kini pajak gadai yang dilesenkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih belum mendapat kelulusan beroperasi meskipun menerima tekanan daripada pelanggan.

Iklan
Iklan

"Pihak KPKT serta pihak pajak gadai telah menerima banyak pertanyaan daripada para pelanggan mengenai tarikh di mana pajak gadai akan dibenarkan untuk beroperasi.

"Persatuan telah menekankan betapa pentingnya peranan pajak gadai untuk membantu masyarakat dan khususnya segmen masyarakat B40, dalam mendapatkan dana untuk membeli barangan keperluan seharian dalam masa ini yang amat

Iklan

mencabar untuk negara kita," katanya dalam satu kenyataan.

Ho Keng berkata, pihaknya juga berharap kerajaan membenarkan proses digitalisasi transaksi-transaksi pajak gadai dalam Akta dan Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai sebagai langkah pencegahan penyebaran virus koronavirus (Covid-19).

Iklan

"Untuk menghentikan penyebaran virus dan melindungi keselamatan pelanggan serta pekerja syarikat pajak gadai, pihak persatuan menyokong sepenuhnya garis panduan kesihatan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

"Garis panduan ini merangkumi penyediaan pembersih tangan, kepatuhan penjarakkan sosial, pemakaian topeng muka dan pembasmian kuman di premis," katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya juga telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh luput surat pajak yang jatuh dalam tempoh PKP dan menasihatkan pelanggan untuk tidak tergesa-gesa ke premis pajak gadai sekiranya dibenarkan beroperasi kelak.

"Para pelanggan tidak perlu risau kerana surat pajak akan dapat ditebus setelah tempoh PKP berakhir.

"Setelah pajak gadai dibenarkan beroperasi, para pelanggan tidak perlu bergegas ke kedai pajak gadai dan akan dapat menebus surat pajak mengikut masa yang bersesuaian untuk diri mereka sendiri," katanya.