McDonald’s Singapura gantung semua operasi sehingga 4 Mei

Iklan
McDonald’s Singapura menghentikan semua operasinya termasuk khidmat penghantaran ‘McDelivery’ dan khidmat pandu lalu, ‘Drive-Thru’ sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19. - Foto123RF

SINGAPURA - Restoran makanan segera, McDonald’s Singapura menghentikan semua operasinya termasuk khidmat penghantaran ‘McDelivery’ dan khidmat pandu lalu, ‘Drive-Thru’ mulai hari ini hingga 4 Mei ini.

Semua restoran McDonald’s di sini akan ditutup mulai jam 11 pagi ini sementara khidmat Drive-Thru pada jam 8 pagi dan pesanan terakhir Mc Delivery pada jam 10.30 pagi.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusannya, Kenneth Chan dalam kenyataan hari ini berkata, langkah tersebut diambil susulan nasihat Kementerian Kesihatan Singapura dalam usaha mencegah dan memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Bagi kami semua, ini adalah masa yang belum pernah terjadi sebelum ini. Kami telah mengambil semua langkah pencegahan dengan sebaik mungkin demi keselamatan pekerja dan pelanggan.

Iklan

"Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka yang berterusan dan berharap dapat memberi layanan semula pada 5 Mei ini,” katanya.

Sehingga semalam, Singapura telah mencatatkan jumlah keseluruhan 5,992 kes positif Covid-19. - Bernama

Iklan