140 outlet, PST FAMA beroperasi

Iklan
Ronald (tengah) bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah (kiri) melihat sawah padi di Kampung Sawah Sempadan di Tanjong Karang semasa program turun padang ke kawasan IADA Barat Laut Selangor semalam. - FOTO ROSLI TALIB

KUALA SELANGOR - Sebanyak 140 outlet termasuk pusat Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara mencatatkan jumlah jualan sehingga RM80 juta sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, konsep jualan dan pengedaran di outlet peruncitan terpilih itu membabitkan jualan barangan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, daging, barangan runcit dan barangan asas tani.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PST di outlet peruncitan terpilih di Malaysia secara berperingkat itu melibatkan agensi iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

"Fama dan tiga agensi pemasaran lain turut mewujudkan pelbagai outlet termasuk kewujudan 70 PST beroperasi di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Turun Padang ke Kawasan di Kawasan Pembangunan Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor semalam.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, FAMA dan beberapa agensi pemasaran di bawah kementerian itu sentiasa berusaha mengurangkan masalah lebihan pengeluaran disebabkan permintaan berkurangan semasa tempoh PKP.

Ronald berkata, lambakan barangan segar berpunca daripada penurunan permintaan oleh restoran dan hotel yang tidak beroperasi sepanjang PKP.

Iklan

Justeru, katanya, pemain industri sudah mengambil inisiatif menangani masalah lambakan barangan segar itu menerusi kaedah perniagaan atas talian.

"FAMA berusaha membantu pengeluar makanan melalui atas talian dan dapat mengurangkan beban ditanggung pengusaha makanan sepanjang PKP ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, bekalan beras negara dijamin mencukupi meskipun sepanjang tempoh PKP.

"Kedudukan sebagai pengeluar beras 70 peratus tempatan dan 30 peratus kebergantungan beras import menunjukkan Malaysia tidak berdepan masalah sepanjang PKP,” katanya.

Katanya, stok semasa beras tempatan di peringkat kilang, pemborong dan peruncit berjumlah kira-kira 500,000 tan metrik dalam satu masa.

Tambah Ronald, kementerian akan terus memantau bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan negara.