Pemuda Umno tubuh seketeriat pemantauan harga barang

Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno akan menubuhkan sekretariat pemantauan harga barang bagi memantau harga barang di seluruh negara bermula bulan depan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekretariat tersebut akan diketuai ketua pergerakan pemuda di setiap negeri.

Iklan
Iklan

"Sekretariat pemantau harga ini akan membuat laporan menerusi media dan media sosial mengenai perkembangan harga barang asas. Kita tahu kerajaan ada cara sendiri nak pantau harga barang. Kita nak bantu menteri supaya maklumat tepat sampai kepada mereka.

"Kita akan memantau harga barang setiap bulan sehinggalah mereka (kerajaan) dapat menggariskan satu perancangan yang konkrit untuk rakyat dapat merasai kehidupan yang lebih selesa," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno kali pertama di sini, hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata pemuda akan melancarkan kempen untuk menambah keanggotaan anak muda dalam parti itu.

"Kita akan menjelajah ke seluruh kampus di seluruh negara untuk mendekati mahasiswa. Hari ini, kerajaan pun dah meminda AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971). Kita boleh tubuhkan parti di universiti dan pemuda Umno akan ambil peluang ini.

Iklan

"Kita bukan nak menghasut mereka tetapi kita nak membina idealisme mahasiswa agar berpandukan kepada fakta dan bukannya sentimen serta emosi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata Pemuda Umno bersedia menawarkan seorang peguam pemerhati kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bagi memastikan kematian anggota bomba itu terbela.

"Kita tawarkan peguam pemerhati ini secara percuma kepada keluarga Muhammad Adib bagi mengikuti inkues yang akan dijalankan dalam masa terdekat," katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Disember lalu. - Bernama