Akad nikah 'online' tak dibenar di Pulau Pinang

Iklan
Gambar hiasan

GEORGETOWN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menangguhkan segala urusan akad nikah umat Islam selaras langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarahnya, Zulkifli Long berkata, penangguhan itu akan dilanjutkan sehingga satu tempoh ditentukan kemudian bagi memastikan semua rakyat di negeri ini terus mematuhi PKP serta menjaga kemaslahatan semua pihak yang terbabit dalam urusan majlis akad nikah.

Iklan
Iklan

"Kami memutuskan sepanjang tempoh PKP fasa ketiga tidak dibenarkan majlis akad nikah dijalankan termasuk secara sidang video seperti dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan semalam.

"Setakat ini, masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian (akad nikah secara sidang video)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, orang ramai yang ingin membuat permohonan kebenaran akad nikah masih boleh berbuat demikian secara dalam talian menerusi laman sesawang JHEAIPP sepanjang tempoh PKP.

"Selepas PKP nanti pemohon perlu mencetak semua borang yang mereka isi menerusi dalam talian untuk dikemukakan kepada JHEAIPP bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Iklan

JHEAIPP sebelum ini menangguhkan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah bermula 1 hingga 14 April lalu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Urusan akad nikah ditangguhkan sehingga selesai PKP

Akad nikah 'online' pertama di Malaysia hari ini

Boleh nikah di Selangor jika ada 'Kebenaran Berkahwin'