PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan dua berita yang tular di media sosial membabitkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah palsu.
Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan dakwaan bahawa wang yang tidak dituntut oleh penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa pertama kerana tidak mempunyai akaun bank akan terbatal sekiranya bantuan tersebut dituntut pada fasa kedua.