Tidak perlu tamatkan awal Perintah Kawalan Pergerakan

Iklan
Keadaan semasa di Jalan Melayu yang ditutup sepenuhnya bagi laluan keluar masuk yang menghubungkan Selangor Mansion, Malayan Mansion dan Jalan Masjid India. -Foto Bernama, gambar kecil: Dr Razman

SHAH ALAM - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan kerajaan mampu meringankan beban peniaga sekurang-kurangnya sehingga akhir April ini.

Sehubungan itu, Pakar Ekonomi yang juga Pensyarah Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, sebaiknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan sehingga 28 April depan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, meskipun terdapat negeri mencatatkan sifar kes positif baharu Covid-19, namun banyak perniagaan yang beroperasi merentas sempadan negeri.

"Kita tidak mahu negeri-negeri yang tiada kes positif ini kembali mencatatkan kes positif yang baharu disebabkan oleh pelanggan yang datang dari negeri lain.

Iklan

"Seeloknya PKP diteruskan sehingga 28 April ini untuk memastikan kesemua negeri tidak lagi mengalami peningkatan kes positif yang ketara.

"Dari aspek ekonomi sudah tentu banyak perniagaan yang terjejas terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) namun kerajaan sudah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan diharap meneruskan bantuan melalui pakej rangsangan sekiranya peniaga masih mengalami masalah selepas PKP ditamatkan.