Padah main judi ketika PKP

Iklan
Antara yang ditahan ketika leka bermain judi di sebuah rumah kedai di Pulau Indah, Klang tengah malam kelmarin.

KLANG - Seramai tujuh lelaki tempatan dicekup polis ketika leka bermain judi di sebuah sebuah rumah kedai di Pulau Indah di sini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam operasi kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an.

Iklan
Iklan

"Hasil tangkapan itu, polis merampas 52 keping daun terup serta wang tunai RM1,101.

"Saringan ujian air kencing ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kesemua lelaki terbabit gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakan mereka dan melanggar PKP.

Katanya, kesemua suspek direman empat hari sehingga Selasa untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Tegasnya, orang ramai diingatkan untuk mematuhi PKP yang telah memasuki fasa ketiga untuk bersama memutuskan rangkaian wabak koronavirus (Covid-19). Sekiranya ingkar, mereka boleh ditahan dan akan didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang ada.