KEPALA BATAS - Bosan kerana terlalu lama duduk di rumah antara alasan yang diberikan oleh 16 lelaki warganegara Nepal yang ditahan polis kerana bermain futsal dalam sebuah gudang terbuka di Pekan Darat di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang sedang leka bermain itu ditahan ketika polis membuat rondaan dan pemantauan Ops Covid-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan koronavirus (Covid-19).