PENYAMPAI berita RTM, Farit Ismeth Emir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Assunta Petaling Jaya, hari ini.
Farit, 66, merupakan ikon pembaca berita RTM dan berkhidmat lebih 30 tahun bersama stesen penyiaran tersebut. Selama berkhidmat, Allahyarham pernah membaca berita di slot Berita Perdana, Global dan Dunia.
Iklan
Iklan
Allahyarham juga dikenali kerana sering menyelitkan kata-kata hikmah setiap kali sebelum mengakhiri berita. Selain sebagai pembaca berita, Farit turut menyumbangkan suaranya untuk suara latar iklan.
Allahyarham yang juga bapa kepada pemuzik dan komposer, DJ Fuzz, meninggalkan seorang isteri serta dan tujuh orang anak.
Rakan penyampai berita RTM, Datuk Harjit Singh Hullon menyifatkan permergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat dunia penyiaran berita tanah air.