Bomba Kedah sanitasi dua lapangan terbang

Iklan
Beberapa anggota bomba melakukan operasi nyah cemar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah melakukan proses sanitasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi mencegah penyebaran wabak koronavirus (Covid-19).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menggunakan cecair ' sodium hyperchlorite' untuk melakukan operasi nyahcemar bermula jam 9.30 pagi di kawasan lapangan terbang itu.

Iklan
Iklan
Beberapa anggota bomba melakukan operasi nyah cemar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Beliau berkata, proses sanitasi melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar berkenaan di keseluruhan tempat dan bahagian yang sering disentuh orang ramai di kawasan lapangan terbang seperti kaunter dan tempat duduk.

"Hari ini, kita melakukan operasi sanitasi secara serentak di kedua-dua lapangan terbang di Kedah, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Iklan

"Sehingga kini, kita telah melakukan 99 sanitasi awam melibatkan pasar awam, kompleks beli belah, ibu pejabat polis daerah (IPD) dan lokap dalam usaha membendung penyebaran wabak itu," katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, pihaknya akan terus melakukan proses sanitasi awam di kawasan lain, seperti Pejabat Tabung Haji dan Penjara Pokok Sena pada hari esok dalam usaha mencegah wabak dari merebak.

Iklan
Mohamadul Ehsan memerhatikan anggota bomba melakukan proses sanitasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Puteh Ramli berkata, proses sanitasi tetap dilakukan demi membendung penularan wabak walaupun kawasan berkenaan bukanlah zon merah.

Katanya, pihaknya melakukan sanitasi secara kecil-kecil melibatkan pekerja pembersihan di kawasan lapangan ini setiap hari, manakala secara besar-besar melibatkan agensi lain diadakan kali pertama pagi ini.

Puteh berkata, pihaknya turut mengambil langkah pencegahan lain seperti menyediakan cecair pembasmi kuman dan pemeriksaan suhu badan ke atas penumpang kapal terbang yang berlepas dan tiba di lapangan terbang itu.

"Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bilangan penumpang berlepas atau tiba setiap hari tidak ramai iaitu 20 hingga 40 orang sahaja mengikut situasi," katanya.

Terdahulu, proses sanitasi berkenaan melibatkan lebih kurang 50 orang dari pelbagai agensi termasuk bomba, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan kakitangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.