Hanya 17 daerah masih zon merah

Iklan
Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan.

PUTRAJAYA- Hanya 17 daerah di seluruh negara yang masih lagi diletakkan di bawah zon merah akibat penularan Covid-19.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, kesemua daerah tersebut diletakkan di bawah zon merah berikutan bilangan kes aktif melebihi 41 kes.

Iklan
Iklan

Daerah terbabit ialah Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Cheras di Selangor; Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa di Kuala Lumpul; Jasin, Melaka Tengah di Melaka, Seremban, Negeri Sembilan; Kuantan, Pahang; Johor Bahru dan Kluang di Johor; Kuching dan Kota Samarahan di Sawarak dan Tawau, Sabah.

Bagi daerah Sepang, Hulu Selangor, Selangor; Putrajaya, Hilir Perak dan Kinta di Perak, Rembau, Negeri Sembilan; Alor Gajah, Melaka, Batu Pahat, Johor; Jerantut, Pahang; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Lahat Datu, Sarawak yang sebelum ini diisytiharkan zon merah masing-masing sudah diisytihar zon kuning dengan bilangan satu hingga 20 kes.

Iklan

Sebanyak 76 daerah diletakkan di bawah zon kuning manakala tiga berada di zon jingga.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, sebanyak 52 daerah kini kembali berada di bawah zon hijau iaitu bebas daripada kes baharu jangkitan Covid-19.

Iklan

Setakat jam 12 tengah hari semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,389 kes positif Covid-19 di negara ini dan daripada jumlah itu, hanya 2,103 yang masih dirawat di hospital.

Seramai 89 pesakit meninggal dunia akibat pandemik itu.