SHAH ALAM - Majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor kini dibenarkan menerusi sidang video mulai hari ini dengan syarat mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan berkata, satu tatacara terperinci dan ketetapan baharu yang strategik disediakan bagi memastikan pelaksanaan majlis itu menepati hukum dilaksanakan dengan standard yang wajar, mudah difahami serta diikuti oleh pasangan terlibat kerana kaedahnya lain daripada kebiasaan.