PRAGUE - Pengarah legenda Tom and Jerry, Gene Deitch telah meninggal dunia pada usia 95 tahun 16 April lalu.
Menurut UNILAD, mendiang meninggal di kediamannya di Prague dan sebab kematian masih belum dapat dipastikan.
Penerbit mendiang dari Czech, Petr Himmel mengesahkan berita tersebut dan berkata kematian Gene adalah tidak diduga.
Gene atau nama penuhnya Eugene Merrill Deitch bekerja sebagai jurudraf untuk Penerbangan Amerika Utara sebelum menjadi jurudraf untuk tentera dan mengikuti latihan juruterbang.
Sepanjang kariernya, Gene memegang jawatan sebagai pengarah kreatif Terrytoons yang berada di bawah naungan 20th Century Fox.
Dari situ, beliau mencipta watak-watak seperti Sidney the Elephant, Gaston Le Crayon, Clint Clobber dan Terr’ble Thompson.
Mendiang kemudiannya bekerja dengan Rembrandt Films pada 1960 untuk menghasilkan sejumlah kartun Popeye serta Tom and Jerry untuk Metro-Goldwyn-Mayer.
Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar sebanyak dua kali pada 1964 untuk filem animasi Here’s Nudnik dan How to Avoid Friendship.
Selain itu, mediang turut menghasilkan dan mengarahkan siri King Features Krazy Kat serta siri The Bluffers.
Gene mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak lelaki hasil perkahwinannya.