Sidang DUN Pahang berlangsung dua jam

Iklan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN ke-14 hari ini berlangsung agak berbeza berbanding sebelumnya apabila hanya berlangsung selama 2 jam dan semua ADUN mematuhi jarak sosial yang ditetapkan.

KUANTAN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dilangsungkan selama hanya dua jam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah masuk fasa ketiga pelaksanaannya.

Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad berkata, persidangan itu diringkaskan dengan hanya mengadakan sesi soal jawab lisan.

Iklan
Iklan

"Keutamaannya, persidangan ini hanya kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja dan tidak ada jemputan ketua Jabatan untuk kurangkan kapasiti dalam dewan ini.

"Malah semua ahli dewan terpaksa melakukan penjarakkan sosial 1 meter," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN ke-14 hari ini.

Iklan

Persidangan bermula jam 11 pagi dihadiri kesemua ADUN dan mereka perlu diperiksa suhu badan dan mencuci tangan sebelum memasuki dewan persidangan.

Sebelum itu, Ishak memaklumkan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja ketika perasmian pembukaan Sidang DUN menerusi sidang video.

Iklan

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun persidangan terpaksa dijalankan dengan cara ringkas tetapi ia satu perkara amat penting dan perlu disempurnakan.

Jelasnya, persidangan ini perlu dilaksanakan berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang.

"Saya ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih ke atas Tengku Hassanal Ibrahim di atas perkenan menyempurnakan Titah

Diraja dan seterusnya menyempurnakan perasmian DUN pada kali ini.

"Sesungguhnya, titah Tengku Hassanal sebentar tadi yang dibuat melalui rakaman video, memberi makna yang amat besar dan begitu mendalam kepada patik-patik sekalian," Katanya.

Beliau berkata, ini membuktikan bahawa Tengku Hassanal begitu mengambil berat terhadap perjalanan dan urusan persidangan DUN.

Tambahnya, persidangan DUN Pahang diadakan mengikut prosedur Ooperasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan khususnya dalam aspek mematuhi keperluan penjarakkan sosial dan amalan penjagaan kebersihan.

"Saya bersyukur kerana segala urusan dan ketetapan Yang Dipertua Dewan disambut baik oleh ahli dewan dengan mematuhi sepenuhnya segala apa yang telah ditetapkan sepanjang tempoh persidangan ini berlangsung," katanya.