WELLINGTON - New Zealand akan menurunkan tahap amaran koronavirus (Covid-19) kepada Tahap Tiga mulai jam 11.59 malam 27 April berbanding sebelum ini iaitu Tahap Empat, kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern hari ini.
Tahap Tiga akan dikuat kuasa selama dua minggu, lapor agensi berita Xinhua.
Iklan
Iklan
Selepas itu penilaian lanjut akan dibuat untuk menentukan tahap seterusnya yang dijadual diumum pada 11 Mei.
Beliau berkata, di bawah Tahap Tiga, kira-kira 400,000 lagi rakyat negara itu akan kembali bekerja dengan sektor utama seperti pembinaan, pembuatan dan perhutanan kembali beroperasi.
Kanak-kanak yang boleh tinggal di rumah perlu terus berbuat demikian. Pusat pembelajaran awal dan sekolah hanya akan dibuka untuk pelajar berumur 10 tahun atas permintaan keluarga, menurut peraturan yang diumumkan sebelum ini. - Bernama