2,064 sampel diambil di Pasar Borong Kuala Lumpur

Iklan
Dr Noor Hisham bercakap semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,064 sampel terutama dalam kalangan warga asing diambil untuk ujian pengesanan jangkitan koronavirus (Covid-19) di Pasar Borong Kuala Lumpur sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 28 kes didapati positif Covid-19 termasuk satu kematian membabitkan seorang warga Myanmar berusia 60 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa yang berada di tahap keempat jangkitan itu meninggal dunia di Hospital Selayang.

"Semalam 20 kes tetapi hari ini 28 kes termasuk satu kematian.

Iklan

"Kita akan beri perhatian kepada lokasi ini sebagai lokasi berisiko tinggi yang sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Kita harap dapat saring lebih ramai dan kita juga belajar dari negara jiran kita supaya tindakan dipercepatkan bagi mengawal penularan kes positif dalam kalangan warga asing,” katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta warga asing yang berisiko tinggi untuk tampil ke klinik kesihatan berdekatan bagi menjalani ujian dan saringan.

Menurutnya, warga asing yang mempunyai permit lawatan dan kerja tamat tempoh turut diminta berbuat demikian bagi mengelak mereka dijangkiti atau menjangkiti orang lain.

Berhubung Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pasar Borong Selayang akan dibuka seperti biasa walaupun PKPD, beliau berkata, arahan tersebut diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"KKM memberi nasihat dan bekerjasama dengan MKN. Apa yang telah diumumkan itu, kita mengikut arahan daripada menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri.

"KKM tidak keluarkan sebarang arahan, tindakan itu adalah tindakan MKN,” katanya.