Saya akan bayarkan sewa selagi hidup: Ebit Lew

Iklan
Hantaran Ustaz Ebit Lew pada Facebooknya.

ALOR SETAR - Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sebak melalui laman sosial Facebooknya ketika melihat sekeluarga dalam serba kekurangan dan tidak terurus sewaktu menziarahi rumah seorang warga emas yang menghidap strok bersama beberapa kanak-kanak.

"Menangis akhirnya, berbelas-belas anak tinggal dengan seorang atuk strok. Anak-anak tidak bersekolah, semuanya orang Malaysia,” tulisnya.

Iklan
Iklan

Beliau tanpa berselindung turut menjelaskan keadaan di rumah berkenaan juga kotor dan berbau.

Tidak hanya meluahkan rasa simpati terhadap kehidupan daif keluarga terbabit, beliau turut memujuk mereka berpindah dan bersedia menanggung bayaran sewa rumah.

Iklan

Beliau juga memberitahu tidak akan pulang selagi tidak menemukan rumah baharu buat keluarga berkenaan.

"Bersorak anak-anak itu bila cakap nak pindah. Saya sudah menelefon empat rumah tapi ramai yang risau sebab keluarga itu besar. Tidak mengapa, saya faham,” tambahnya lagi.

Iklan

Hantaran berkenaan meruntun hati warganet dan mereka turut mendoakan agar urusan Ustaz Ebit Lew dan keluarga tersebut dipermudahkan.

"Ya ALLAH, sedihnya. Semoga nasib keluarga malang ini terbela,” luah pengguna Facebook, Ku Mastom Ku Ahmad pada ruangan komen.

Hantaran berkenaan mendapat 2,500 komen dan 4,700 perkongsian dalam tempoh kurang dari sejam.