4,268 kes Covid-19 dilaporkan di Rusia dalam tempoh 24 jam

Iklan
Rusia merekodkan 4,268 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 47,121.

MOSCOW - Rusia merekodkan 4,268 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 47,121.

Agensi berita Sputnik melaporkan, memetik sebuah pusat tindak balas koronavirus kebangsaan hari ini,

Iklan
Iklan

dalam tempoh 24 jam lalu, 4,268 kes Covid-19 didaftarkan di 76 wilayah.

"Daripada jumlah itu sebanyak 1,935 (atau 45.3 peratus) merupakan kontak kepada pesakit tanpa menunjukkan gejala klinikal," kata pusat itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Daripada semua kes baharu, 2,026 didaftarkan di Moscow, 578 di wilayah Moscow manakala 113 lagi di wilayah Nizhny Novgorod.

Hampir separuh pesakit baharu di Moscow berusia di bawah 45 tahun.

Iklan

Setakat ini, Moscow telah mengesahkan 26,350 kes Covid-19 manakala 44 orang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian 405 orang.

Bilangan pesakit yang sembuh pula adalah seramai 155 orang keseluruhan berjumlah 3,446. - Bernama