Polis maut nahas selepas bertugas Ops Covid-19

Iklan
Mangsa diberi bantuan pernafasan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. (Gambar viral) Gambar kecil:Allahyarham A Rahman Yeob

KUALA KANGSAR - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabas ketika dalam perjalanan pulang sebaik selesai penugasan Ops Covid-19 di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 4.40 petang itu, A Rahman Yeob, 59, bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Balai Padang Rengas disahkan maut di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC sendirian dari arah Padang Rengas menuju ke arah Kuala Kangsar.

"Tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa yang berada di lorong kanan hilang kawalan lalu terbabas sendiri sebelum jatuh menggelongsor ke tiang besi penghadang jalan.

Iklan

"Pihak ambulans ketika tiba di lokasi cuba membantu dengan memberi bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 5.25 petang," katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa baharu selesai bertugas memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar.

Iklan

Katanya, setakat ini punca kematian mangsa masih belum diketahui dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kangsar, malam ini.

"Waris mangsa telah pun dimaklumkan kejadian itu dan siasatan kini diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.