Tempoh kritikal buat Singapura lawan Covid-19

Iklan
Pekerja asing beratur untuk mendapatkan makanan selepas asrama Tuas Selatan diletakkan di bawah sekatan pemerintah.

SINGAPURA - Beberapa hari akan datang adalah tempoh kritikal yang akan menentukan sama ada langkah pemutus litar (circuit breaker) di Singapura dapat dilonggarkan pada 4 Mei.

Hari ini genap 14 hari sejak langkah penjarakkan sosial dilaksanakan bagi mencegah penyebaran koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Pakar penyakit berjangkit daripada Mount Elizabeth Novena Hospital, Dr Leong Hoe Nam berkata, tempoh beberapa hari lagi adalah penting kerana ia bukti keberkesanan Singapura dalam menentang Covid-19.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu terdapat beberapa tanda awal yang menunjukkan pemutus litar menurunkan kes.

Iklan

"Bagaimanapun, kami masih bimbang dengan kes tersembunyi dalam kalangan penduduk yang menyebabkan jangkitan terus merebak,” tulisnya.

Kebimbangan Singapura berterusan apabila ia mencatatkan sebanyak 1,426 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes naik kepada 8,014.

Iklan

Peningkatan harian tertinggi lebih 1,000 kes dalam tempoh hanya 24 jam itu juga mengekalkan Singapura sebagai negara paling teruk terjejas di Asia Tenggara dengan 11 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), sebilangan besar kes baharu adalah melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing yang juga merupakan kluster terbesar di negara terbabit.

Pada awalnya, bandar raya itu berhasil mengendalikan wabak dengan ujian dan pengesanan kontak yang ketat, namun kini ia berdepan gelombang kedua yang merebak dengan pantas.

Difahamkan, kes meningkat selepas pihak berkuasa mula melakukan ujian meluas terhadap asrama yang menempatkan kira-kira 200,000 pekerja asing.

Berikutan kritikan terhadap keadaan hidup yang kurang memuaskan di asrama berkenaan, pemerintah telah memindahkan ribuan pekerja asing ke lokasi lain termasuk pangsapuri dan penginapan yang biasanya digunakan industri luar pesisir sebagai usaha mengurangkan kemungkinan jangkitan.

Sebanyak 28 asrama pekerja asing juga telah diwartakan sebagai kawasan pengasingan berikutan jumlah kes Covid-19 yang terus meningkat. - Agensi