Sultan Kelantan perkenan peruntukan Maik disalur kepada asnaf

Iklan
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini memperkenankan supaya peruntukan disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi tujuan program bersama baginda pada bulan Ramadan disalurkan untuk bantuan kepada golongan asnaf yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Perkara tersebut diumum Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan yang juga Setiausaha Sulit Baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan sama, baginda Sultan juga mahu Maik meneruskan penyaluran bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

MAIK

"Baginda juga menzahirkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T apabila melihat kepada perkembangan semasa statistik kes jangkitan Covid-19 di seluruh negeri Kelantan yang mana puncak jangkitan sudah dilihat semakin melandai berikutan kes jangkitan yang berkurang.

Iklan

"Walau bagaimanapun, pematuhan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah penting dalam memastikan penularan virus Covid-19 di dalam komuniti dapat dikawal dan diputuskan,” katanya.

Sementara itu, baginda yang terkenal dengan sultan berjiwa rakyat itu turut menzahirkan rasa dukacitanya kerana tidak dapat bersama rakyat tahun ini untuk berbuka puasa dan menunaikan solat sunat terawih di masjid seperti tahun-tahun sebelum ini.

Iklan

"Sungguhpun demikian, baginda mengharapkan agar seluruh rakyat jelata tetap dapat menunaikan solat tarawih secara berjemaah di rumah masing-masing.

"Baginda sentiasa mendoakan supaya seluruh rakyat sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T dalam menghadapi musibah wabak Covid-19 ini,” katanya.