Netanyahu, Gantz setuju bentuk kerajaan perpaduan di Israel

Iklan
Benny Gantz (kanan) dan Benjamin Netanyahu (kiri).

BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan pemimpin pembangkang Benny Gantz akhirnya bersetuju membentuk kerajaan perpaduan, lapor agensi berita Anadolu memetik TV Israel.

Ketua parti Likud, Netanyahu dan ketua parti Biru Putih, Gantz sebelum ini gagal mencapai kata sepakat menyebabkan pilihan raya terpaksa diadakan sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun.

Iklan
Iklan

Perjanjian mengenai perkara itu ditandatangani setelah mencapai persefahaman berhubung pembentukan jawatankuasa Parlimen dan pelantikan hakim.

Akhbar harian Israel Yedioth Ahronoth melaporkan perjanjian itu ditandatangani bagi membentuk kerajaan perpaduan 'darurat', menyaksikan kedua-dua pemimpin bergilir mengetuai Kabinet dengan Netanyahu memimpin dalam 18 bulan pertama.

Iklan

Mengulas mengenai perjanjian itu, seorang anggota Knesset (Parlimen) berketurunan Arab, Ayman Odeh menerusi Twitternya mengkritik langkah Gantz, disifatkannya umpama menyerah kalah serta tidak cukup berani dan lebih rela memilih aneksasi, rasis dan rasuah.

Katanya, perjanjian itu 'tamparan hebat kepada majoriti penduduk yang berkali-kali pergi mengundi untuk menjatuhkan Netanyahu'.

Iklan

Aida Toma Suleiman pula berkata, Gantz telah memasuki (proses politik) untuk menggantikan Netanyahu dan sekarang dia menyokong pendekatan rasis dan anti demokratik.

Beliau berikrar bahawa anggota parlimen berketurunan Arab akan mengetuai barisan pembangkang menentang kerajaan baharu itu. - Bernama