Masjid jadi pusat sehenti

Iklan
Mohamad Farid (empat, kanan) bergambar bersama anak kariah masjid Al Wustho Guar Chempedak.

GUAR CHEMPEDAK - Program Masjid Hentian Bebas Dadah (Mahabah) yang berlangsung di Masjid Al-Wustho Guar Chempedak memberi peluang kepada komuniti setempat memperoleh maklumat berkaitan bahayanya dadah.

Ketua Unit Pencegahan AADK Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, komuniti setempat berperanan dalam memastikan gejala dadah ini tidak berleluasa.

Iklan
Iklan

Katanya, semua pihak tanpa mengira lapisan umur perlu mempunyai pengetahuan dan pengenalan berkaitan dadah.

"Ini sangat penting bagi membolehkan mereka bertindak menjauhi perkara ini selain daripada membantu golongan yang terlibat untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Iklan

Menurut Mohamad Farid, masyarakat perlu bersama membanteras gejala seperti ini tanpa ada rasa pilih bulu.

"Semua orang bertanggungjawab sama ada imam, anak kariah ataupun golongan remaja.

Iklan

"Melalui program Mahabah ini kita dapat memperdengarkan khutbah berkaitan dadah dan usaha yang perlu dilakukan oleh setiap individu,” katanya.

Katanya, selain daripada itu, kaunter advokasi dan juga aduan turut dibuka pada program berkenaan.

"Pameran berkaitan dadah khas untuk orang awam turut diadakan pada program Mahabah tersebut,” katanya.

Mohamad Farid berkata, objektif program ini adalah untuk menjadikan masjid sebagai pusat ‘one stop centre’ yang berfungsi menyalurkan maklumat berkaitan bahaya dadah kepada anak kariah.

"Selain itu juga, ia bertujuan untuk membantu proses pemulihan penagih atau anak kariah yang terlibat dengan dadah agar mereka merasai sokongan sosial dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Katanya, program Mahabah ini juga bertujuan membangkitkan kesedaran kepada pemimpin serta komuniti setempat supaya mengambil semula peranan masing-masing dalam usaha membendung masalah dadah dari terus berleluasa seperti menganjurkan program kesedaran, kempen sihat anak muda dan lain-lain.