OIC adakan mesyuarat tergempar COVID-19

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ANKARA - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan 'mesyuarat tergempar' menteri-menteri luar pada esok melalui persidangan video, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Turki berkata, mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC peringkat Menteri Luar itu diadakan atas inisiatif Turki.

Iklan
Iklan

Antara agenda utama mesyuarat itu mengenai 'pengukuhan kerjasama dan koordinasi antara anggota OIC dalam kerangka memerangi COVID-19 serta langkah-langkah bersama yang perlu diambil'. - Bernama