Patuh PKP supaya tak berlaku jangkitan rentas negeri, daerah dan mukim

Iklan
Dr Noor Hisham ketika menghadiri sidang media berkaitan perkembangan kes Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PUTRAJAYA - Kepatuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat penting dalam membantu kerajaan menurunkan kebolehjangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) dalam komuniti terutamanya melibatkan jangkitan merentas negeri, daerah, mukim.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selaras dengan itu orang ramai terus diminta untuk duduk di rumah dan hanya keluar atas urusan penting sahaja.

Iklan
Iklan

"Selain daripada aktiviti kawalan sempadan, pematuhan masyarakat terhadap PKP akan seterusnya memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya.

"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar terus mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun serta mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh genting ini pematuhan rakyat terhadap PKP amat penting bagi membendung penularan wabak itu.

Katanya, meskipun jumlah kes positif semakin menunjukkan penurunan tetapi negara masih belum menang dalam melawan Covid-19.

Iklan