Buyung tanah liat rahsia bertahan 20 tahun

Iklan
Salasiah menyediakan kuah laksa yang dimasak dalam buyung tanah liat.

BUKIT SENTOSA - Jenama Laksa Buyung Kuala Perlis cukup dikenali penduduk setempat apabila kedai diusahakan pasangan suami isteri itu bertapak sejak 20 tahun lalu di sini.

Pengusahanya, Mohd Nor Kamli, 56, berkata, terdahulu perniagaan tersebut beroperasi di gerai bawah pokok selama 17 tahun sebelum berpindah dengan menyewa sudut bangunan di Pusat Rawatan AMC.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sambutan baik pelanggan yang menggemari keenakkan laksa dengan kuah dimasak dalam buyung tanah liat menjadi faktor perniagaan itu bertahan sehingga sekarang.

"Resipi memamg asli dari Kuala Perlis memandangkan saya berasal dari Padang Besar manakala isteri, Salasiah Othman, 52 dari Perak.

Iklan

"Saya sendiri penggemar laksa maka setiap hari saya akan pastikan bahan digunakan menepati citarasa pelanggan terutama kuah.

Dahulu berniaga di bawah pokok tapi kini kedai diusahakan Mohd Nor dan isteri beroperasi di sudut bangunan.

"Dengan hasil jual laksa juga saya membesarkan lima anak selain menguruskan Maahad Tahfiz Ar Rahmaniah Prima Beruntung," katanya.

Iklan

Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, kedainya yang beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 7 malam menyediakan lebih 10 kilogram setiap hari.

Menurutnya, terdapat beberapa menu lain seperti Nasi Lemak AMC, Mee Rebus Padang Kota dan Sup Kokdiang yang dijual dengan harga RM5.

"Pelanggan terdiri daripada berbilang kaum dan ada antaranya adalah pelanggan tetap sejak berniaga di gerai bawah pokok.

"Kebiasaan pelanggan ramai pada sebelah pagi dan selepas waktu Asar," katanya.