Duduk di rumah hantu jika masih ingkar PKP!

Iklan
Kusdinar Untung Yuni Sukowati - Foto Detik News

JAWA TENGAH - Pihak berkuasa daerah Sragen menyediakan rumah hantu kepada penduduk yang masih ingkar pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana.

Ketua pemerintah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati berkata kepada Detik News, pihaknya meminta Ketua Kampung Miri, Sragen, membersihkan rumah berhantu di tengah sawah sebagai tempat kuarantin bagi penduduk yang keras kepala.

Iklan
Iklan

"Kalau memang degil silakan. Saya menerima laporan ada penduduk dari dua buah kampung ingkar. Satu di Plupuh dan satu lagi di kampung Sepat yang enggan dikuarantin.

"Saya minta pihak berkaitan tempatkan mereka di rumah hantu, memberi makanan dan kesihatan mereka juga akan dipantau," ujarnya.

Iklan

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran buat mereka yang ingkar PKP.

"Kita memang agak memaksa tetapi semua ini demi kebaikan seluruh penduduk.

Iklan

"Kami harapkan hal ini menjadi pengajaran bagi orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan bagi memutus rantaian koronavirus," katanya.