Kelantan United nafi mahu saingan Liga-M dibatalkan

Iklan
Wan Mohd Zul Ikman

Kelantan United Football Club (KUFC) menafikan laporan berita tengah hari tadi menyatakan mereka mahu saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dibatalkan susulan wabak pandemik Covid-19.

Menurut Setiausaha Eksekutifnya, Wan Mohd Zul Ikman, pihaknya merasa kecewa dengan laporan tersebut yang disifatkan akan mendatangkan kesan negatif kepada Kelantan United.

Iklan
Iklan

"Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan demikian dan kami sendiri hairan dari mana mereka mendapat sumber berita itu," dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, pihak kelab sentiasa mendapat garis panduan dan maklumat semasa dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjur Liga-M.

Iklan

"Dilaporkan badan induk itu akan bermesyuarat minggu ini untuk menentukan kedudukan liga, jadi kita akan mengikut segala keputusan dari FAM dan MFL serta kerajaan jika ia diputuskan nanti."

Justeru itu, Wan Mohd Zul Ikman berharap pihak media massa di Malaysia lebih bertanggungjawab dengan laporan mereka dengan mendapatkan maklumat sahih tentang kelab melalui pegawai pasukan yang dilantik.

Iklan

"Media mesti memainkan peranan mereka dengan menyalurkan berita sebenar tanpa memetik dari sumber tidak sah kerana ia bukan sahaja memberikan maklumat salah malah turut membawa implikasi buruk kepada kelab secara keseluruhan".