Warga Itali kini tertunggu-tunggu untuk mengetahui apakah had pergerakan baharu yang akan diumumkan dalam kehidupan mereka selepas perintah berkurung di negara itu berakhir 3 Mei ini.
Dalam ucapan di Dewan Senat, Conte tidak memberikan maklumat secara spesifik bagaimana kerajaan akan menilai cadangan untuk mengekang penularan Covid-19 dalam aspek sains, perniagaan, pekerjaan dan psikologi."Kami meramalkan fasa yang sangat kompleks, kita perlu mulai ringankan sekatan aktiviti produktif dan komersial.
"Kita perlu melakukan yang terbaik untuk mengekalkan keupayaan produktif. Kita mesti menghidupkan semula enjin produktif negara."Tetapi perkara ini mesti berlaku dalam asas pelan yang dikaji dengan baik, yang mesti dilibatkan pemikiran semula cara kita bekerja dan cara kita menguruskan sistem pengangkutan,” katanya.
Namun katanya, negara itu akan melihat pembukaan progresif dan sekata di seluruh Itali.
Kawasan utara Itali merupakan wilayah perindustrian paling produktif dan juga wilayah yang paling teruk dilanda jangkitan dan kematian Covid-19.
Bagaimanapun, beberapa pihak di wilayah itu telah menggesa untuk pembukaan semula kilang-kilang dan perniagaan yang sebelum ini dikategorikan perkhidmatan yang tidak penting.
Conte turut memberi amaran agar sekatan kawalan pergerakan tidak dihapuskan dengan tergesa-gesa.
Ini kerana, sekiranya terdapat kesilapan dalam fasa ini, ia akan merugikan pengorbanan rakyat Itali yang berdisiplin sejak beberapa minggu ini mematuhi kawalan pergerakan.- AWANI