Ikan lumba-lumba ditemui mati terdampar di Pantai Serandu

Iklan
Ikan lumba-lumba dari spesis Indo-Pacific humpbacked dolphin (Sousa chinensis) sepanjang 244cm dan berat anggaran 170 hingga 200kg itu ditemui terdampar di Pantai Serandu.- Foto Jabatan Perikanan Pahang

PEKAN - Seekor ikan lumba-lumba ditemui mati terdampar di Pantai Serandu di sini petang semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan penemuan ikan lumba- lumba terdampar di pantai berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ikan lumba-lumba daripada spesis Indo-Pacific humpbacked dolphin (Sousa chinensis) itu sepanjang 244cm dan berat anggaran 170 hingga 200kg.

"Bagaimanapun, jantinanya dan puca kematian tidak dapat dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Jabatan Perikanan menanam bangkai ikan lumba-lumba berhampiran pantai berkenaan. - Foto Jabatan Perikanan Pahang
Iklan

Iklan
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal badan ikan itu mulai mereput dan dijangka mati kurang tempoh seminggu dan bangkai ditanam berhampiran pantai berkenaan.

"Ikan ini adalah spesis dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) (Pindaan) 2008," katanya.