Kulit wajah doktor bertukar setelah sembuh Covid-19

Iklan
Dua doktor di Wuhan mengalami perubahan warna kulit selepas menjalani rawatan akibat Covid-19. Kredit foto Metro.Co.UK

WUHAN - Dua doktor yang kritikal selepas dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan pulih, namun kulit wajah mereka berubah gelap selepas menerima rawatan tersebut.

Menurut laporan Metro.Co.UK, Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, kedua-duanya berusia 42 tahun dijangkiti Covid-19 ketika merawat pesakit di Hospital Pusat Wuhan pada Januari lalu dan kedua-duanya terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan (ECMO) sepanjang dirawat.

Iklan
Iklan

ECMO adalah alat sokongan yang menggantikan fungsi jantung dan paru-paru dengan mengepam oksigen ke dalam darah dari luar badan pesakit.

Dr Li Shusheng iaitu doktor yang merawat mereka berkata, kulit kedua-duanya berubah menjadi gelap kerana ubat yang diberikan kepada mereka ketika fasa awal rawatan.

Iklan

"Salah satu kesan sampingan ubat berkenaan adalah ia akan menggelapkan warna kulit.

"Warna kulit mereka akan kembali normal selepas hati mereka berfungsi dengan baik kelak," katanya.

Iklan

Sementara itu, Dr Yi yang bercakap menerusi kamera litar tertutup (CCTV) memaklumkan dia sudah pulih daripada jangkitan.

Dia turut menjelaskan sudah mampu bergerak di tempat tidur seperti biasa tetapi masih berjuang untuk berjalan sendiri.

”Ketika saya mula sedar, terutamanya setelah saya mengetahui keadaan saya, saya berasa takut. Saya sering mengalami mimpi buruk,'' katanya.

Dr Hu pula menjalani terapi ECMO dari 7 Februari hingga 22 Mac tetapi tidak dapat bercakap sehingga 11 April dan masih dalam rawatan intensif.

"Kedua-dua doktor tersebut diberikan sokongan kesihatan mental akibat pengalaman traumatik mereka,” kata Dr Li.