Agihan keperluan penduduk Taman Seri Murni sedang dalam tindakan

Iklan
Ismail Sabri ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa sedang dalam tindakan bagi menyelaraskan proses mengagihkan makanan dan keperluan asas hasil sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat kepada penduduk Taman Seri Murni, Selayang selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan penduduk di kawasan tersebut tidak terputus bekalan makanan dan keperluan harian.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan perkara tersebut telah diambil tindakan," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di sini hari ini.

Semalam, terdapat dakwaan mengatakan bahawa pihak berkuasa masih belum memberikan sebarang maklumat terkini termasuklah soal pengagihan bantuan makanan kepada penduduk di Taman Seri Murni sejak PKPD dilaksanakan.

Iklan
Iklan